Tuesday, February 19, 2013

XPDC MENAWAN PUNCAK PINE TREE HILL

Gegirl team... AWESOME!!! (masing-masing dapat nama glamour lepas balik dari Pine Tree Hill)

11 Feb 2013 (Monday) sempena cuti Chinese New Year

Puncak yang dikenali sebagai bukit (hill) ini antara puncak yang selalu didaki bagi pendaki-pendaki gunung. Pine Tree Hill terletak di Fraser Hill. Pendakian ke Pine Tree Hill bermula dari Rest House TNB. Permulaan Pine Tree Trail ditandakan dengan satu papan tanda. Turut dicatat sejarah ringkas trail ini. Trail/denai sejauh 5KM ini agak lebar dan telah didirikan beberapa pondok rehat disisi trail..

Actually, ini adalah merupakan pengalaman pertama saya serta beberapa rakan yang lain mendaki gunung... sebelum ni, cuma tawan bukit2 jerk...

Kami seramai 6 orang mula bertolak dari Pinggiran Batu Caves seawal jam 6.30 pagi... kami berhenti sarapan di Petronas Bentong... ... Selesai sarapan, kami meneruskan perjalanan ke Fraser Hill... Dengan keadaan jalan yang macam ular melingkar, membuatkan salah seorang dari rakan kami pening & mual... dah macam orang pregnant jer... hahahaha...Lebih kurang jam 9.10 pagi, kami sampai di Fraser Hill...Di sana kami bertemu dengan group yang lain.. So, jumlah kumpulan kami bertambah menjadi 20 orang.... Syiok tu... lagi ramai, lagi best kan...kan...kan..hehehehe...Di sana, kami mulakan sesi perkenalkan diri masing2, dengar taklimat serba sedikit dari leader Azam & Ahmad (Relax Adventure Team)... panaskan badan sikit... & mulakan pendakian....

Dari kiri, Abg Mazrizal, Miza, Hanom, Lynda, Zie, Kak Nor & Faisal

Jam 9.30 pagi kami memulakan pendakian. Trek pada mulanya agak santai sambil kami ligat bercerita antara satu sama lain. sambil bergambar...hehehe....kitorg ni memang suka bergambar....
Pendakian berjalan dengan lancar sehinggalah kami mula berjumpa dengan trek yang terus menerus menurun. Masa ni lah hati mula berkata2.... "habislah aku nanti... lepas ni mesti menaik je pulak... dengan perjalanan nak balik lagi nanti...semestinya byk menaik" huhuhu....

Permulaan trek yang santai pada awalnya membuatkan kami melangkah dengan laju. Trek yang kami lalui sangat jelas dan trek menurun telah terbina dengan tangga-tangga batu dan terdapat sebuah pondok yang mempunyai maklumat mengenai trek pine tree hill. Terdapat beberapa pondok di dua kilometer pertama trek. Hanya pondok pertama dan pondok kedua yang masih berdiri. Yang lainnya sudah rebah. Trek juga dilengkapi dengan tali pemegang untuk memudahkan para pendaki. Tali tu memang berguna sangat2 dlm perjalanan balik nanti... hehehehe...
nampak tak ulat gonggok kat atas ni.... actually besar ulat gonggok ni dah macam anak ular tau. beza giler dari size asal yang macam kita selalu nampak.. tapi walaupun saiz ulat ni besar, ada juga rakan kami yang tak nampak ulat ni... terpijak sudah... sib baik tak meninggal ulat tu... hahaha....

kami mula merentas trek yang tidak dilengkapi dengan pondok, tangga batu mahupun tali pemegang. Hanya beberapa papan tanda yang menunjukkan jarak trek yang dilalui dari pintu masuk yang dipacak setiap selang 500 atau 1000 meter. Trek yang kami lalui sebenarnya agak mudah. Cuma keadaan muka bumi yang berselang-seli naik dan turun, dengan akar yang berselirat menyebabkan kami agak letih. Terdapat banyak pokok-pokok besar yang tumbang dan merintangi trek.  Terdapat lubang-lubang pada permukaan tanah atau pangkal akar pokok... hati mula berdetik.... janganlah ada ular keluar dari lubang tu...huhuhu....Keadaan trek yang licin membuatkan salah seorang rakan kami asyik tergelincir... sehinggakan mendapat gelaran ....gelungsor... Cian dia..hahaha...

Pendakian kami diteruskan. pergerakan kami agak perlahan disebabkan ada segelintir rakan yang penat dan letih... lagi pun pendakian ini merupakan pengalaman pertama bagi setengah daripada rakan kami dan sudah semestinya stamina mereka masih berada pada tahap minima....tapi yang best nye... team yang lain teramatlah sporting... very awesome!!.. memang the best team lah...
Berehat sebentar bersama KIT KAT... hahaha!!!...

Gua kecik kat belakang gambar ni actually terbuat dari akar akar pokok yang menjalar naik keatas.... Kami meneruskan pendakian dan akhirnya tiba beberapa meter dari puncak Gunung Pine Tree Hill. 
Sebelum sampai ke puncak, kami terpaksa melalui cerun yang berkecerunan kira-kira 60 ke 70 darjah yang berketinggian kira-kira 10 meter. mahu atau tak,... kena naik jugak... ada yang tak pasti samada boleh naik ke tidak... dan ada pulak yang menangis coz gayat... Macam2 ADA... hahaha... tapi bila dah cuba panjat, semuanya cam mudah je...
Akhirnya, sekitar jam 2.15 petang kami semua selamat sampai di puncak Gunung Pine Tree Hill. Puncak Pine Tree Hill setinggi 1456 meter dari aras laut berjaya kami tawan. Puncak gunung ini tidaklah sebesar mana pun, tidak rata dan kurang sesuai untuk didirikan khemah. Kabus tebal menyelubungi pandangan ketika kami sampai. Ini bermakna kami tidak dapat menyaksikan pandangan banjaran ataupun puncak-puncak gunung yang berhampiran. Masing2 membuka bekalan yang dibawa.. Santapan terbaek di puncak... hahahaha....
Ada yang makan bekalan & ada juga yang bergambar.. kalau dah kaki gambar, pantang berhenti jer.. mesti snap the picture... hahahaha!!!....
Ce tengok... kasut sape paling kotor...

Setelah puas mengambil gambar, berehat dan makan kami memutuskan untuk meninggalkan puncak gunung. Hujan mula turun ‘berpakejkan’ angin dingin mengiringi perjalanan kami kembali ke pintu masuk trek. kami mulakan perjalanan pulang jam 3.00 petang...

Segelintir rakan-rakan mengeluarkan baju hujan..memakai baju hujan sambil menuruni puncak amatlah tidak selesa... ada yang belum berhenti hujan, baju hujan dah ditanggalkan.. dan ada juga yang setia dengan baju hujan sehinggalah tiba di akhir trek... lucu kan... hehehe...!!

Pada mulanya, pergerakan kami agak laju disebabkan trek menurun... tetapi apabila sampai di trek menaik, pergerakan kami agak lambat.. kumpulan kami juga berpecah menjadi 2 kumpulan... tetapi pada pertengahan trek, kami semua berkumpul semula dan mencadangkan rakan yang bergerak lambat berada di hadapan sekali mengetuai kumpulan... Ini adalah supaya kami kekal berada di dalam satu kumpulan...Perjalanan diteruskan. Kami perlu tiba di pintu masuk sebelum matahari terbenam kerana ramai yang tidak membawa lampu suluh...

Walaupun salah seorang daripada ahli kumpulan kami keletihan dan seakan akan mahu mengalah dipertengahan trek... ahli kumpulan yang lain tetap memberi sokongan dan menunggu beliau... Sokongan dan dorongan serta kata-kata semangat sentiasa diberi kepada ahli yang lemah sehinggalah kami berjaya akhirnya tiba di trek permulaan kira-kira jam 7.30 malam...memang AWESOME... TERBAEKK....

Pengalaman ini sudah pasti tidak dapat dilupakan memandangkan ini adalah pengalaman pertama saya & beberapa rakan yang lain mendaki gunung dan juga dengan kumpulan yang seramai 20 orang termasuk 2 ahli kumpulan RAT (Relax Adventure Team) yang merupakan leader & ketua kepada kumpulan kami . Walaupun masing-masing kepenatan mengharungi pendakian pergi dan balik lebih kurang 10 jam, namun, masih terpancar wajah kegembiraan dimuka masing-masing.

Gunung Pine Tree Hill, sungguh pun tahap kesukaran pendakiannya pada aras biasa bagi pendaki-pendaki tersohor (not me), namun pengalaman dan kenangan yang tercipta cukup luar biasa. 
Team seramai 20 orang yang sememangnya AWESOME!!!

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang terlibat yang menjayakan XPDC menawan puncak Pine Tree Hill... YOU ALL ARE VERY AWESOME!!!!

1 comment:

  1. TEBING TINGGI BACKPACKER(fb)
    Mount Guide service
    Licenced nature guide(TG)
    Will arrange:
    -forestry permit
    -police report
    -nature guide licenced
    -emergency kit (basic)
    -walkie talkie

    ANDY
    017-9997790
    whataps/sms/call

    ReplyDelete