Monday, February 18, 2013

Menawan Puncak Broga (Broga Hill)


13 January 2013 (Sunday)
Sedikit info mengenai Bukit Broga...Bukit broga atau bukit lalang terletak didalam kawasan semenyih dan berhampiran dengan Broga negeri sembilan. Berketinggian 350 meter dari aras laut, dan mempunyai empat puncak bukit. Untuk mendaki bukit ini memakan masa 30 min hingga 1 jam mengikut stamina masing-masing. Didalam perjalanan, kita akan melalui ladang kelapa sawit, kebun getah sedikit hutan muda dan yang paling best belukar lalang yang unik dan cantik. Bukit ni mempunyai pandangan puncak 360 darjah yang sangat cantik. Tak hairanlah jika Bukit Broga popular sebagai tempat penggambaran bertaraf celebriti. Kalau nak tahu, Bukit Broga menjadi lokasi pergambaran outdoor perkahwinan angkasawan pertama Malaysia...

Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 3.30 pagi. ini kerana kami tidak mahu terlepas peluang melihat matahari terbit dari atas puncak Broga...

Kami memulakan pendakian lebih kurang pukul 5.00 pagi. Biasalah lambat kerana menunggu rakan yang lain tiba... Di awal pendakian, kami melalui kawasan ladang kelapa sawit.. setelah lebih kurang 5 minit melalui kawasan tersebut, kami melalui pula kawasan getah dan hutan muda. Setelah melepasi hutan muda, kami sampai di satu cerun yang amat curam. Di situ kami boleh memilih 2 cara pendakian samada dengan menggunakan tali atau tak... kami memilih jalan yang tidak menggunakan tali.

Nasihat kami...jangan putus asa dan mengalah bila nampak cerun curam ni...Cuba jer naik, sebab selepas melepasi cerun ini, kite akan sampai ke puncak yang dihidangkan dengan pemandangan yang amat awesome

Gambar di atas adalah puncak broga yang pertama. Actually, pemandangan pada waktu itu sangat gelap dan memang tak kan nampak image pun kalau snap gambar... gambar yang kat atas ni, diambil ketika kami dalam perjalanan balik menuruni puncak...Kami hanya berhenti sekejap di puncak pertama ni coz ada salah seorang rakan kami yang dah tak cukup nafas.... penat.... hehehe....almaklumlah.... stamina kureng...tak buat persiapan langsung pun... tu yang semput... hehehehe.... aku lah tu...huhuhu...

Setelah lebih kurang 5-8 minit berehat, kami meneruskan lagi perjalanan untuk menawan puncak kedua. Perjalanan ke puncak ke 2 agak mudah kerana landai dan melalui belukar lalang. Suasana amat dingin ketika itu... maklumlah dah dekat nak subuh... sejuk tu.. angin plak bertiup kuat... seperti berada ditepi pantai pulak rasanye.......kami terus mendaki sehinggalah sampai ke puncak yang ke tiga dalam pukul 6.15 pagi... di sana, kami berhenti untuk bergambar... biasalah, dah kaki gambar kan... kenalah ambik gambar jugak... hahahaha...
Dari Belakang, Abg Mazrizal, Tengah kiri Zie, Qiema, kak Nor, Ezzy dan yang depan sekali tu Lynda
Husband & wife.... Eddy & Zie
Sedang menikmati pemandangan yang awesome sambil menunggu matahari terbit... best sangat2...
bermacam aksi kitorang snap...
Actually, ada yang gayat nak berdiri atas batu tu... termasuklah aku si penulis ni... hehehe...
2 Jejaka macho...

Setelah puas bergambar, dan menikmati pemandangan alam... kami pun naik ke puncak ke 4... jarak antara puncak ke 3 & puncak ke 4, tidaklah jauh sangat... cuma dalam 2 minit je dah sampai...

Gambar di atas di ambil masa nak ke puncak yang ke 4... Actually, di puncak ke 4, tidak mempunyai ruang yang luas... hanya boleh memuatkan dalam lebih kurang 20 orang dewasa sahaja... nak bergambar kat papan tanda puncak broga tu pun kena ikut giliran... hahahaha...


Akhirnya sampai ke puncak.... Setelah berehat dan bergambar, kami memulakan perjalanan menuruni bukit. Turun bukit tidaklah memenatkan tetapi perlu berhati-hati kerana berat akan tertumpu pada tumit dan lutut. Ketika inilah kite menginginkan kasut mendaki yang berkualiti... jika tidak... asyik tergelungsur saje lah jawabnye... masa perjalanan menuruni bukit tu, hujan turun pulak tapi tak lah lebat mana pun.... kami semua mempercepatkan langkah sebab tak nak berdepan dengan keadaan jalan & track yang licin...

No comments:

Post a Comment