Monday, April 1, 2013

XPDC Menawan Puncak Bukit Raka Bentong


Pemandangan dari Puncak Bukit Raka... Cantik sangat...

Dari Bukit Raka, kita dapat melihat seluruh bandar Bentong serta menyaksikan segala perubahan yang berlaku di Bentong sejak dari dahulu lagi. Berhubung dengan ketinggian Bukit Raka, satu portal geografi antarabangsa, GeoNames.org telah menyatakan bahawa ketinggian puratanya ialah 318 meter dan puncaknya berada pada ketinggian 570 meter dari aras laut. Akan tetapi ahli pasukan pendakian telah mengukur ketinggian puncak sebenarnya ialah 488 meter dari aras laut. Lantas ia menimbulkan satu pertikaian tentang ketinggian sebenar Bukit Raka.

Mendaki Bukit Raka bukan sahaja mencabar daya ketahanan fizikal tubuh, malahan juga kecekalan mental dan ketenangan minda. Ia juga merupakan salah satu cara untuk menyemai sifat sabar juga ketahanan diri.

Kami memulakan perjalanan dari Gombak seawal 6.30 pagi. Kelihatan semua ahli begitu bersemangat sekali untuk menempuhi cabaran Bukit Raka ni dengan berpakaian sweater kumpulan E.A.T (Extreme Adventure Team) AWESOME SANGAT BEB!!!..

Kami bergerak dengan 2 buah kereta sahaja iaitu dari KL sebuah & dari Gombak sebuah... jimat beb... Dalam perjalanan, masing-masing membatukan diri... mungkin sedang memikirkan keadaan track yang bagaimana yg harus ditempuhi... kecuali Puan Qiema kite sorang ni... sejak memulakan perjalanan, mulut tak henti-henti pot pet... pot pet... cam bertih jagung... hahahaha. terpaksalah Cik Hanom kita melayan dia... Layanz......Kami berhenti sekejap di Restaurant mamak Bentong untuk mengalas perut.. sarapan arr.. apa lagi... ada yang order capati, roti telur dan roti bakar... masing-masing dengan selera memasing... Setelah siap bersarapan dan perut pun dah kenyang, kami menyambung semula perjalanan kami ke tempat yang telah dijanjikan iaitu di bus stop berdekatan SMK Katholik Bentong... semua pendaki dikehendaki berkumpul disana untuk mencukupkan bilangan ahli sebelum jam 8.30 pagi...sementara menunggu ahli yang belum sampai, apa lagi... kami bergambarlah... kaki gambar arr katakan.. kalau tak bergambar nanti... takut sakit pulak... sakit kecewa... hahahahaha....
Barisan pendaki dari Gombak.. Dari Kiri Eddy, Abg Mazrizal, Lynda, Zie, Hanom, & leader kami Abg Azam dari (RAT) Relax Adventure Team...
Barisan pendaki dari KL... Dari Kiri Saiful Hanafi, Sabri, Qiema, Rosli & leader Azam dari RAT

Setelah menunggu semua ahli sampai, kami pun bergerak terus ke kaki Bukit Raka. Sebelum memulakan pendakian, seperti biasa leader kami Abg Azam memulakan penerangan, diikuti dengan bacaan doa daripada Abg mazrizal dan aktiviti memanaskan badan dari Mazwan...

Muka-muka macho dan cun seramai 17 orang.. dari kiri belakang Badrul, Adrie, Acai, Sabri, Rosli, Zie, Hanom, Lynda, Qiema & Mazwan. Dari Kiri depan pula, Asyraf, Saiful Hanafi, Din, Sepul, Eddy Dan Abg Azam

Pendakian pun bermula pada pukul 9.30 pagi. diawal pendakian, dah kena lalui track yang  lecak.
Puan Qiema dok memikir cam ne nak melalui laluan di atas... stuck sekejap...

kami harus meredah hutan kecil dahulu dan diikuti dengan ladang getah yang boleh dikatakan mencanak jugaklah... sambil berjalan, terfikir sejenak ' bagaimanalah pekebun boleh menoreh saban hari.. mesti penat demi mencari sesuap nasi untuk keluarga' memang selut lah tuan kebun ni... kitorang ni pun dah setengah nafas habis nak redah kebun getah ni...
Bergambar sejenak setelah penat mendaki kawasan ladang getah...

Setelah pasti kesemua team tiba, kami pun meneruskan pendakian kami ke track yang lebih mencabar lagi iaitu hutan yang penuh dengan akar dan pokok-pokok yang berduri... ramai jugaklah yang terkena duri tu termasuklah den sekali... Akan tetapi, dugaan datang tanpa diduga... tetiba kami hilang arah... nasib baik leader kami Abg Azam cepat tersedar...dan cari semula arah yang betul... agak lama jugaklah kami menunggu leader kami mencari arah. Lebih kurang setengah jam kemudian... barulah kami menyambung kembali pendakian kami menuju ke puncak....
Pada mulanya, tak banyak cabaran yang harus ditempuhi sehinggalah kami berjumpa dengan curam yang mencanak tingginye... cam 90 darjah mencanak beb... dalam hati pun ada yang terfikir..."boleh ke idok ni"... nak atau tak, kena gaklah naik coz dah separuh jalan pun... huhuhu...
tengok tu... giler gambar betulkan... tengah-tengah curam pun sempat snap... hahaha...
Masih senyum lagi walaupun hakikat sebenar penat tu...AWESOME kan!!
sampai berpusing badan si Rosli ni.. ingat pompuan je giler snap... dia pun sama... hehehe...curam yang ni memang mencanak sangat... paling adventure lah... terbaekkk...
Walau susah cam ne pun, time snap gambar... muka sume memang cool je... hehehe..

Setelah mengharungi pelbagai rintangan dan halangan.. akhirnye sampai jugak kami ke puncak. Syukur nikmat Allah... betapa indahnya pemandangan diatas sana... di bawah ni, antara kenangan terindah kami di puncak Bukit Raka... memang AWESOME!!!..
Sweater Ahli... EXTREME ADVENTURE TEAM (E.A.T)
 Macam-macam pose ada... ko ada????... hehehe... Kami je yang ada tau...
Ni pulak team belia dari Dong, Raub yang happening.... tapi ahli E.A.T pun sibuk menyelit gak coz dah giler gambar... nak wat cam ne... redha jelah... hehehe...
Ahli kumpulan EAT yang sememangnye cute + cun... hehehe.. termasuklah den sekali...

Ha... tak lupa jugak pasangan ni... tengok jelah muka memasing... depan tu ramai yang menengok... hehehehe...

Setelah berehat hampir sejam di puncak, kami semua berkemas untuk perjalanan pulang... untuk perjalanan pulang pula, kekuatan lutut dan kaki amat penting disebabkan track yang menurun sehinggalah ke kaki bukit... naik menggigil lutut beb sebab track yang menurun tu... sayang sekali kami terlupa untuk snap gambar kenangan di perjalanan pulang....

Bentong sepertimana yang kita ketahui, di kelilingi oleh banjaran gunung dan mengekalkan keindahan semula jadinya. Keadaan rupa bumi yang serba sukar memberikan cabaran hebat kepada mereka yang mendaki Bukit Raka. Tetapi ini juga bermakna kepada sesiapa yang berjaya mendaki Bukit Raka pasti berasa amat bangga dengan pencapaian mereka. bukan mudah untuk mendaki Bukit Raka kerana ada sesetengah tempat yang amat curam dan ia akan menjadi lebih mudah jika alat-alat bagi membantu pendakian disediakan di situ.

Melihatkan keadaan rupa Bukit Raka yang sukar, tiada kawasan yang sesuai untuk dijadikan tempat perkemahan di puncak Bukit Raka. Sebaiknya, kepada sesiapa yang teringin untuk mendaki bukit raka, pilihlah hari yang sesuai dan semestinya elakkan pendakian pada musim hujan kerana ia akan menjadikan pendakian seseorang itu menjadi lebih sukar disebabkan keaadan curam yang licin akibat basah dek air hujan...

Nampak tak bukit kat belakang kami tu... itulah Bukit Raka...



Akhir sekali, setelah penat lelah mendaki, kami singgah minum coconut shake di Coconut Shake D'Cafe.. memang marvelous...best... terbaek... lagi pulak, sewaktu tekak dilanda kemarau... nikmat yang tak terkata...

Akhir kata, terima kasih kepada semua ahli yang telah menjayakan XPDC ini... Bak kata Abang Maz,,, JANGAN BILANG INI YANG TERAKHIR....

2 comments:

  1. hi salam,
    cuti raya cina x naik ke?
    sy nak follow :)

    ReplyDelete
  2. Terbaiklaa...belia kg pasir bayam.. :)

    ReplyDelete