Friday, June 14, 2013

XPDC Gunung Angsi

Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh Kuala Pilah Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian.

Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin.
Hutan Ulu Bendol merupakan hutan simpan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok meranti, pokok keruing, pokok damar hitam, dan pokok mersawa.

XPDC kali ini adalah seramai 8 orang sahaja bersama guide daripada ahli OGKL iaitu En Hadri. Pada pukul 5.30 pagi, kami bertolak dari KL dan singgah di Petronas Jalan Cheras untuk menunaikan solat Subuh. Setelah siap semua, kami bergerak terus ke Perhentian Ulu Bendul untuk sarapan pagi dan tapau untuk makan di puncak nanti...


Pintu masuk ke tempat pendakian

Disini kami ke pejabat renjer untuk membuat pembayaran sebanyak RM5.00 seorang untuk pendakian ini...

Starting point... ok

Bermula pendakian pada jam 8.50 pagi... Perjalanan yang bersantai dan tidak memenatkan sehinggalah kami tiba di anak sungai juga dipanggil dengan nama JERAM CIK LANG!!!... terasa macam nak terjun je... tapi keinginan kenalah ditutup beb... sabar... balik kang kite terjah...

Dua orang ni memang  giler gambar... cam biasa arr.... nak gak snap...

Check Point pertama
Tempat lepak yang mengerikan beb... ada cerita sejarah tu... sib baik tak kena sergah ngan cik lang...lang... lang.. lang... langsuir arr.. pe agi... hahaha...

kite kasi redah ini sungai... hati2 tu.. takut tergelincir... tapi, cian Cik Qiema hati2 pun tergelincir gak...

Kami meneruskan perjalanan lagi... kali ni perjalanan agak adventure sedikit kerana trek nye berakar.. dan trailnye pulak licin.... & naik.. naik.. dan terus menaik.. dah tak ada turun lagi..ambik kau!!!... power tak power pun, kena naik gak... tak kan nak tinggal sorang2 kot... oh tidak!!!

nampak tak akar tu... ngan trail yang menaik mencanak canak wei...


Check Point Ke 2. Bukit Botak....

Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke Bukit Botak. Kawasan ini memerlukan kami memanjat dengan menggunakan tali. Terasa adventure sekejap...

Kat Bukit Botak ni kami berhenti rehat coz memasing dah kepenatan dek trail yang mencanak canak ni..

rehat sebentar hilangkan penat...

walaupun penat.. tapi muka + senyuman tetap maintain... pada hal sendiri mau hingat arr!!!

Di sini kami hanya berehat lebih kurang 15 minit je... perjalanan diteruskan hinggalah kami sampai ke puncak...

.
Check Point Ke 3...

Apa kes la Cik Qiema kite ni... dok melekap kat pokok... nak jadi spidergirl ape... hahaha...

Setelah berpenat lelah.. akhirnye tiba gak kitorang ke Puncak... PUAS BEB!!!

Cantik kan pemandangan dari puncak.. Inilah kepuasan sebenar.. Puas Sangat Beb...

.
Ahli extreme seramai 7 orang telah berjaya tawan Puncak Angsi...

Kepada geng2 extreme yang tidak dapat sertai XPDC ini, kite akan repeat for next trip...

Sebab dah terlebih puas... nilah jadinya...


Jom makan... ayunye cik qiema kite....

muka dah kepenatan

.