Monday, September 30, 2013

4WD Adventure to Lata Berembun Waterfall

Keindahan Air Terjun yang mengasyikkan serta mendinginkan.... SYIOK SANGAT TAU!!!

EKSPEDISI kenderaan pacuan empat roda (4WD) ke air terjun Lata Berembun yang terletak kira-kira 24 kilometer (km) dari bandar Raub, Pahang baru-baru ini benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal kami seramai 15 team yang terlibat.

Lata Berembun dianggap sebagai kawasan air terjun yang unik dan mengasyikkan. Ia terbina jauh di dalam hutan. Merupakan salah satu daripada tujuh buah air terjun yang terdapat di Gunung Benum.
Sungai di gunung itu mempunyai tujuh tingkat air terjun dengan Lata Berembun yang berada di lokasi paling bawah sekali. Namun, walaupun paling bawah, kedudukannya pada ketinggian 914 meter dari paras laut itu menyebabkan suhu airnya sangat dingin. Untuk sampai ke situ, Kami perlu menaiki kenderaan 4WD bagi meredah kawasan berbukit yang licin dan menyeberangi sungai yang berbatu besar. Jarak dari Kampung Sungai Klau ke Lata Berembun ialah 14 kilometer.

Keindahan air terjun Lata Berembun pasti menggamit sesiapa saja untuk datang ke lokasi pelancongan ini. Untuk sampai ke sini, perjalanannya tidak mudah sebaliknya cukup mencabar dengan keadaan jalannya yang tidak rata, berlumpur, curam dan terpaksa menyeberangi sungai yang dipenuhi batu-batu besar.

Sehari sebelum ke sana, pada 21 September, segelintir dari kami telah membuat persiapan pemerapan ayam untuk santapan kami disana...  
22 September 2013, kami telah merancang perjalanan ke Lata Berembun Raub Pahang dengan dianggotai ahli seramai 15 orang. Kami bertolak seawal jam 4.30 pagi dengan 3 buah kenderaan. Perjalanan di waktu pagi memang syok tanpa banyak kenderaan yang lalu lalang serta suasana dingin pagi memang best... Kami berhenti rehat di Petronas berdekatan tol Bentong untuk solat & minum....Disini kami sempat snap beberapa keping gambar... 
Lebih kurang jam 6.30 pagi, kami menyambung semula perjalanan ke destinasi asal... Kami berhenti dan singgah sekejap di kampung salah seorang ahli team kami iaitu Felda Sg Klau...Di sana, kami menikmati sarapan pagi di salah sebuah warung sementara menunggu kenderaan 4X4 yang dijangka akan tiba pada pukul 8.30 pagi.


Setelah mengisi perut, kami bertolak ke Petrol pam BHP Kampung sebelah... Sementara menunggu Kenderaan 4X4 tiba, apa lagi... kami tidak melepaskan peluang untuk merakamkan detik indah walaupun di Petrol pam BHP sahaja... hahaha...

Team dari Gombak
Team dari Pantai

Memandangkan kami mempunyai 15 orang peserta yang akan ke Lata, kami telah menempah kenderaan 3 buah 4WD dimana setiap seorang harus membayar sebanyak RM50.00. Setelah kenderaan yang kami tunggu tiba, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di atas 4WD tersebut... 
Selesai beraksi, kami pun bertolak ke Lata... Bermulalah detik-detik adventure dan mencabar.... Perjalanan menaiki 4WD yang akan membawa kami ke Lata Berembun mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga sejam... itu pun bergantung dengan keadaan jalan yang kita lalui terutama jalan tanah merah yang licin ketika basah..  

Bermula dengan laluan jalan raya sepanjang lebih kurang 4 kilometer dengan dikelilingi pokok kelapa sawit... kat sini jiwa kami masih tenang lagi... hahaha...
Setelah melalui laluan jalan raya, kami dihidangkan dengan pemandangan dikelilingi dusun.... 
 Berhenti sekejap untuk merakamkan detik-detik indah di atas batu berlatar belakangkan pokok durian musang king dan gunung ganang....


Cantik tak... actually kat belakang pokok durian tu terbentang permandangan yang sangat cantik iaitu gunung gunung.... 
Cantik kan....
Selesai ber posing, kami meneruskan lagi perjalanan ke destinasi sebenar... 
 Sepanjang perjalanan, banyak laluan yang mencabar dilalui, antaranya meredah sungai yang berbatu besar selain meredah laluan tanah merah yang licin setinggi 45 darjah.
 
 
Tatkala memasuki kilometer seterusnya, jeritan serta gelak ketawa mula kedengaran kerana laluannya yang memasuki fasa mencabar. Bagaimanapun, bagi yang mahu merasai cabarannya, mereka haruslah duduk dan bukannya berdiri.. Sekali lagi jeritan rakan kuat kedengaran dan ia cukup menyeronokkan apabila tiba laluan berbatu besar dan meredah sungai... Best sangat-sangat wei..... 
 
 
Selepas melalui pelbagai laluan yang mencabar, akhirnya kami sampai jugak ke tujuan sebenar... Tak sabar rasa nak mandi beb.... walaupun air terjun masih tak nampak lagi... Dari tempat 4WD berhenti, kami terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang 200 meter untuk mencari port terbaekkk... Bila dah sampai, masing-masing tak sabar nak bergambar.. dan seorang demi seorang terjun ke dalam air bagi menyegarkan tubuh....Perasaan teruja ketika pertama kali melihat keindahan air terjun Lata Berembun sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Ia terlalu indah dan menyamankan.  
 
 
Air terjun ini mempunyai ketinggian 50 meter yang diberi nama Lata Berembun berikutan tempias air terjun ibarat embun. Bayangkan apabila kita mandi di dalamnya... sejuknya boleh terasa hingga ke tulang beb... Dengan kedalaman air terjun yang boleh mencecah hingga empat meter, kami perlu memakai jaket keselamatan ketika mandi di Lata Berembun walaupun pandai berenang. Dengan air yang sejuk, kejadian kaki kejang senang berlaku dan ianya memang sangat berbahaya. So, dengan memakai life jaket ni, ia akan membuatkan kita terapung dan mengelak daripada kekejangan. Jika tidak pandai berenang, jaket keselamatan ini akan membantu, sekali gus memberi peluang merasai kesejukan air terjun yang cukup unik itu.


DETIK-DETIK TERINDAH KAMI DI SINI... 
Rakan-rakan yang tak sabar nak mandi...
Airnya dah macam masuk cooler room tu beb... sape yang tak tahan, memang cepat diorang naik... mana yang dah kesejukkan tu, naik atas sediakan makanan...  
Puas cuba nak hidupkan api... susah jugak rupanya... kitorang terlupa nak bawak starter.. So, kena guna manual lah... cuba..cuba.. & cuba lagi... 
Berjaya gak akhirnye... So, bermulalah sessi BBQ ayam & sotong


Sementara geng yang lain masih maintain mandi lagi... hahaha 
Walaupun airnye sejuk giler, tapi best sangat-sangat...tak terucap dek kata-kata....tengah syiok kitorang mandi... Adalah rakan kitorang yang lain pi letupkan mercun dalam air gara-gara nak tangkap ikan... kami yang kat dalam tu terasa gegarannya beb... mungkin inilah rasanya kalau meriam diletupkan dalam air kot.... hahaha... 
 Mula dah aksi-aksi hebat diorang ni...enjoy beb masa ni... best sangat... tapi ada gak rakan kami yang takut ... turun pun sekejap je... memang rugi... rugi..rugi....puas kami pujuk suh mandi... sejuk katanye... hehehe... yang tak reti sejuk, teruskan aksi-aksi diorang... 
Yang ni... tak tahu diorang nak wat aksi apa... mungkin nak wat kaki ke atas cam perenang olympik beraksi... tapi tak pandai... hahaha...


Setelah puas bermandi manda, kami semua naik ke atas... itu pun sebab perut dah mula minta diisi...hehehe... Menu yang kami bawa memang best... Nasi Goreng oleh Cik Hanom, Rendang Paru oleh Cik Roza, Sandwich telur & sardin oleh Puan Qiema, ayam Black paper dan sotong disediakan oleh Zie, Lynda & Roza... santapan yang menarik ketika naik dari mandi manda... memang terbaekkkk.... Jom makan...
Cik Roza kite dah kesejukan beb... sibuk cari api nak panaskan badan.. cian dia.. hahaha 
Panas ke Cik roza woi.... hahaha... cian..cian...


Sesi kedua mandi air terjun Lata Berembun disambung apabila perut sudah kenyang.


 
Dalam lebih kurang pukul 1.30 petang, kami semua naik ke atas untuk berkemas dan bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Kuala Lipis... nak gi makan buah duku kat dusun belakang rumah my mother plak... jom..jom..


 
Untuk perjalanan pulang, kami perlu memegang dengan lebih kemas palang besi dan badan 4X4 yang dinaiki berbanding semasa datang... Ini disebabkan laluan balik adalah lebih menjunam lagi. Pelbagai perasaan dapat dirasai ketika ini...Keseronokan  dan ketakutan yang bercampur menyebabkan ada rakan yang menjerit apabila kenderaan menjunam dan menyenget... Ada pulak segelintir rakan kami yang beberapa kali jatuh bergolek di dalam 4X4... jeritan ketakutan bercampur hilaian tawa memeriahkan lagi cabaran pada masa itu... memang seronok sangat-sangat... Jeritan dan gelak ketawa setiap rakan menggambarkan kepuasan sebenar mereka dan bukan saja kesejukan air terjun Lata Berembun, malahan pengalaman menaiki pacuan empat roda tidak akan kami lupakan....  

Destinasi seterusnya ialah Kuala Lipis... pi dusun buah duku... jom..jom... perjalanan dari Kampung sungai Klau ke Kuala Lipis mengambil masa selama lebih kurang 1 jam lebih... Masing-masing kepenatan... ada yang menyanyi dan ada yang tidur...

Kepenatan betul dak dua ni... 

Lebih kurang pukul 4.30, kitorang sampai ke Kampung Bukit Betong Kuala Lipis. sesampainya di sana, tanpa berlengah, kami terus kebelakang rumah untuk melakukan tujuan sebenar iaitu memetik buah duku memandangkan hari sudah mulai gelap...
 Detik-detik di Dusun buah belakang rumah my mom...

Liza dengan gaya memanjat pokok... cayalah... 






betapa banyaknye buah.. dah tak keruan nak petik yang mana... memang best... sapa yang nak duku, datanglah ke sini... hehehe....selesai sessi memetik, kami berehat sekejap sebab dalam pukul 6.30, nak bertolak balik ke rumah masing-masing... ada yang sampai tertidur dek kepenatan sangat...

 
Setelah puas berehat, makan kuih yang disajikan oleh my mom & my sis, kami bertolak pulang... sempat jugak merakamkan detik-detik ketika mahu pulang... SNAP jangan tak SNAP...

 
Lebih kurang pukul 6.45 petang, kami semua bertolak pulang ke rumah masing-masing... terima kasih diucapkan pada Suzi & my mother in law kerana menyediakan hidangan kuih yang lazat dan menerima tetamu yang giler2 ni...

6 comments:

  1. Best giler...dan terbaikkk!!!!...nak repeat lagi..dan lagi...dan lagi!!!

    ReplyDelete
  2. Hi There,

    Can you provide us the contact detail for 4WD company to lata berembun?


    Regards,
    Bryan - bryan@dtec.com.my

    ReplyDelete
  3. Hi may i have the contact as well? tq

    ReplyDelete
  4. Hai, can i have the contact number for the person in charge of the trip?

    ReplyDelete
  5. Hai, can i have the contact number for the person in charge of the trip?

    ReplyDelete
  6. hai, boleh bg contact hp utk 4WD?
    thanks
    rizal.temp@gmail.com

    ReplyDelete