Thursday, April 18, 2013

Tawan Puncak Gunung Irau

Seramai 16 orang ahli yang menyertai xpdc kali ini...
Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang mempunyai ketinggian 2110 meter di Semenanjung Malaysia. Terletak di utara pekan Brinchang di Cameron Highland, Gunung ini merupakan salah satu gunung popular yang sentiasa dikunjungi oleh pendaki pada setiap hujung minggu. Ia juga merupakan salah satu lokasi perfileman wayang box-office Puteri Gunung Ledang (scene hutan dimana puteri menetap tu) kerana keindahan hutan semula jadinya. Juga antara Gunung yang ke 9 tertinggi di Malaysia.
Trail yang penuh dengan cabaran ini telah berjaya kami harungi...


Gunung ini mempunyai keunikan yang tersendiri di mana ianya penuh berlumut (mossy forest) dari lantai trek hingga ke puncak pokok. Keadaan ini menyebabkan suhu di dalam hutan di antara 13-17 darjah celcius. Sekiranya berhenti berehat seketika, besar kemungkinan kita boleh melihat haba (dalam bentuk wap) badan keluar dari paras bahu hingga ke kepala. Berdiri di dalam hutan berlumut di Gunung Irau umpama sedang berada di dalam Fangorn Forest dalam wayang Lord of The Rings.

Untuk bermalam di puncak Gunung Irau, terdapat beberapa keperluan penting yang harus ada pada setiap pendaki... Antaranya ialah sleeping bag, sleeping mat, snow cap, glove, stockin, baju sejuk, touch light, keperluan makanan & bahan memasak, flyer, lighter, pakaian dan kasut yang sesuai.

Sebelum mendaki pula, kita hendaklah memohon permit dengan Perhutanan Negeri Pahang dan juga membuat laporan polis di Pondok Polis Pekan Brinchang. Buatkan senarai dengan Nama, No IC, No Tel, Nama Waris dan No Tel Waris. Serta jangan lupa tentative program secara ringkas seperti mula mendaki melalui trek mana, dan jangkaan keluar hingga xpdc tamat. Ini penting, sekiranya salah seorang ahli tidak pulang melaporkan diri pada pondok polis 2 jam dari tempoh tamat xpdc, maka pihak polis akan mula menghubungi dan juga memberi perhatian dan akan mengambil langkah-langkah untuk Bantuan Menyelamat.

Ok... dah selesai info mengenai Gunung irau & persiapan untuk mendaki... Now... kite mulakan cerita dan pengalaman ahli EAT untuk ke Irau... jeng...jeng...jeng...

Actually, pada mulanya kami ahli EAT telah sepakat seramai 12 orang yang akan pergi untuk menyertai xpdc ini... akan tetapi, 3 hari sebelum tarikh pendakian, 2 peserta telah menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan... Kesian.... kecewa sangat kot...

Kami bertolak pada pagi Jumaat kira-kira pukul 9.30 pagi... Actually tracking kami ke puncak irau adalah pada hari Sabtu... saja nak sampai awal di Cameron... lepak2 & nak hirup udara nyaman sambil makan strawberry fresh... syiok tue...
Orang kuat ahli EAT (Hazwan)... hehehe....

Kami memulakan perjalanan melalui jalan Bentong, Raub & Lipis. Kami memilih jalan ini kerana ingin singgah sebentar ke rumah mak mentua saya... hehehe... makan tengah hari... sodap tu... ikan patin masak tempoyak, sambal belacan, ulam... sedap.. masakan mak mentua memang power... Alhamdulillah! Terima kasih diucapkan kepada adik ipar (Suzi) dan mak mentua saya yang bersusah payah menyediakan juadah ni buat kami.


Selesai makan tengah hari... yang kaki snap gambar... cam biasalah..

Dah ada gaya jadi ayah...

Memperagakan banner EAT
Comel tak saya... hehehe...

Perut pun dah kenyang, gambar pun dah snap... apa lagi.. kami pun menyambung semula perjalanan ke Cameron Highland melalui Jalan Sungai Koyan...


Setibanya di Cameron, kami singgah di Cameron Valley Tea House untuk menikmati pemandangan ladang teh yang sangat cantik dan mendamaikan... Beberapa ahli kami sempat menikmati hirupan teh yang hangat...


Setelah selesai kami bergerak ke Kasimanis Strawberry Farm untuk menikmati aiskrim strawberry yang sgt dbomms...



Destinasi berikutnya adalah penginapan... semua dah kepenatan... so, nak berehat dah...

Equatorial Apartment at Brinchang

 Eddy & Abg Fendy
Santai hilangkan penat sambil menikmati biskut askar yang x berapa nak sodap...

Tiba waktu makan malam... Kami memilih Glory 78 Steamboat Snack Corner untuk santapan... steamboat kat sini memang best... terbaekk...



Wan suap kat sape tu??? ... hahah... jeng... jeng...jeng..
Order untuk 3 orang je... memang banyak beb... terbaekkk.. ecspecially tang kuah... perhhh...

Agak lama gak kitorang kat sini... habis santap, gerak balik ke penginapan... suhu kat sana dah macam pasang air cond... terbaekk... udaranya sejuk beb... mula nak cari sweater. tengah sejuk2 ni, kami jalankan pulak aktiviti mengurut... sib baik Abg Maz pandai mengurut... memang best sangat2... Thank you Abg Maz... Memang terasa ringan je kaki after kena urut...


Siap ada tok moh kat depan sambil jampi air.. hahaha...

Pn Qiema kite tengah menahan sakit... Lama sangat simpan angin tu... sampai dah jadi muzium angin kat dalam badan....
Ni gaya orang lari dalam guni... hahaha... nak cuba sleeping bag tu muat ke idak... lawaks...

ni Pn Qiema tgh test bag.. lepas ke idak nak pikul naik gunung...
Selesai sessi mengurut, apalagi... tido arr.. lena giler beb.. tapi...sebelum terkebil-kebil mata nak tidur, dok mengenang pendakian ke Puncak Irau esok... lepas ke idak.. tu lah perasaan yang bermain2 di fikiran...

Kami bangun seawal jam 6 pagi... mandi & solat subuh... selesai semua, sessi pembahagian makanan plaks oleh leader kami Abg Azam dari RAT (Relax Adventure Team)


Nak bermalam di Puncak Irau punye pasal.. ha.. ambik kau... bawak semua ni...hehehe..

Selesai sahaja pembahagian makanan, sessi untuk check bag memasing plaks... Hahaha... Abg Azam kata, kami semua dah salah packing... ghupernye ada cara nak packing bag... maaflah ye Abg Azam, kami ni budak baru belajar... hehehe... so, kami kena repacking semula... huhuhu...

Salah packing tu bang... hehehe

Untuk pengetahuan semua, susunan barang-barang keperluan juga ada caranya... Jangan nak main sumbat je... Oleh kerana kami ni first timer, kesalahan sudah tentunya ada... kami semua letak sleeping mat diluar & tak de cover langsung dengan plastik bag di dalam back pack. keadaan ini boleh menyebabkan pakaian & peralatan yang dibawa basah jika hujan turun..... huhuhu... Sib baik ada Abg Azam & Ahmad... Thank you korang... thanks sangat coz memberi tunjuk ajar yang sangat berguna pada kami yang baru nak belajar ni... hehehe...


Ok, ni pengajaran yang kami dapat dari RAT team

1) Sediakan semua barang keperluan asas sahaja (yang perlu sahaja ye)... mana yang tak perlu tu, jangan dibawa... wat berat beg jerk..
2) Masukkan plastik hitam dalam ruangan back pack untuk mengelakkan barang yang dibawa basah dek air hujan.. (plastik sampah yang tebal tu)
3) Gulungkan & masukkan sleeping mat ke dalam back pack. Kemudian barulah masukkan segala peralatan ditengah2 gulungan sleeping mat..
4) Pastikan sleeping bag berada dibahagian paling bawah sekali. barulah pakaian dan lain2 peralatan
5) Pastikan barang yang berat diletakkan ditengah2 iaitu dibahagian tulang belakang kita
6) Lastly, barulah masukkan barang yang paling ringan di bahagian atas.. selalunya... makanan ringan lah kan..

Siap repacking, kami pun check out & bergerak untuk breakfast...

Nilah team yang suka bergambar (gile snap) hahaha...

Selesai breakfast, kami membeli makanan untuk di bawa ke atas (lunch).. So, b4 that, kami bergerak ke balai polis untuk melaporkan xpdc kami ini...ini adalah langkah yang paling penting.. manalah tahu, tetiba tersesat ke apa.... Setelah beres urusan di balai polis, kami bergerak ke destinasi sebenar. Perjalanan ke sana ialah melalui Gunung Brinchang... Perhh... keadaan jalan bertar yang sempit serta dibentangkan dengan pemandangan ladang teh yang sangat indah...

Damai tak???... best kan..

Perjalanan ke sana je sudah memberikan kepuasan sambil menghirup udara yang segar dengan kabus yang tebal ...Perhh.. pengalaman yang sangat best...

Keadaan jalan cam ular melingkar tu.. terpaksa bunyikan hon.. takut ada pulak kenderaan lain dihadapan... 
Kabus tebal tu...

Sekitar jam 10.00 pagi, kami tiba di pintu masuk Hutan Mossy (starting point ke Puncak irau). setibanya di sana, terdapat sekumpulan ahli yang juga mempunyai tujuan yang sama.. tetapi mereka semua hanya daytrip je... sib baik.. hehehe...


Hazwan... dah macam pengganas je lagaknye... hehehe..

Bermula dengan sedikit penerangan oleh leader kami iaitu Bro Azam & Ahmad, aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh Abg Maz & akhir sekali bacaan doa dari abg Maz juga...
Khusyuk mendengar penerangan dari Bro Azam

Bermulalah pendakian kami... Chewahh... Satu demi satu anak tangga kami daki yang panjangnya lebih kurang 100 meter. Agak tinggi jugalah anak-anak tangganya...sepanjang pendakian anak-anak tangga ada disediakan pondok-pondok rehat untuk para pelawat mengabdikan kenangan di sekitarnya. Mengagumkan....memang cantik alam sekelilingnya, ini belum lagi dalam hutan. Dalam hati tak sabar nak terokai semua ni...


Habis je mendaki & menuruni anak tangga, barulah trail yang berlumpur dan penuh dengan akar2 pokok yang berselirat terpaksa kami tempuhi... mencabar beb...

Pelbagai cara digunakan untuk melalui akar2 tu... tunggang, terbalik, merangkak... sume ada beb... hahaha...

Terpaksa berpaut & berpijak pada dahan pokok bagi mengelakkan lumpur selut..

Setelah lebih kurang setengah jam pendakian, salah seorang kasut team kami telah rosak.. tapak kasut kedua-dua belah telah tercabut.... memang kesian coz perjalanan masih jauh lagi... beberapa team segera memberikan bantuan dengan mencari tali untuk di ikat di antara tapak yang tercabut dengan permukaan kasut... Dah jadi kedai kasut bergerak pun ada.. coz hampir setiap tali yang dijumpai disepanjang perjalanan, kitorang sambar demi mengikat tapak yg tercabut tu... huhuhu...

Disepanjang pendakian, kami ditanda dgn batu pembahagi sempadan negeri Pahang & Perak

Perjalanan mendaki kali ini sangat santai walaupun terpaksa melalui lumpur dan akar2 yang berselirat. Santai pun disebabkan pendakian yang disajikan dengan pemandangan yang sangat sangat indah... serious weiii.. memang cantik giler.... dengan keadaan cuaca yang sejuk... peluh pun macam segan je nak keluar... pendakian kami juga dipermudahkan dengan adanya akar-akar pokok supaya membolehkan kami untuk berpaut & berpegang padanya... tetapi, jika kita memakai kasut yang nipis, memang sakit arr tapak kaki coz sepanjang track, hanya berpijak pada batu dan akar kayu... nak pulak kena akar yang tajam.. Memang terasa sakit beb... Dalam keadaan trail seperti ini, pemilihan kasut adalah amat penting sekali kerana trail yang licin serta berlumpur membolehkan seseorang tergelincir dengan mudah...
Cabaran!!!
Seluk penuh beb!!!

Pendakian kami begitu santai dan agak lambat coz memasing gila bergambar.... hahaha.... tambah pulak dengan keadaan trail yang lecak dan licin serta dengan pengalaman kami yang tak sampai suku tahun ni... memang lambat arr nak sampai ke puncak... ada yang sampai kaki terbenam ke dalam lumpur melebihi buku lali tu... dah lah warna lumpur tu kaler cam air gambir... hitam... sejuk pulak tu... tapi yang best nye... pacat ngan lintah tak jejak kat Irau ni... tu yang best... masuklah kat lumpur selut dalam mana pun... conpom tak kena gigit dek pacat ... hehehe...
Check Point Pertama
Berhenti rehat sekejap.. .
Trail ni betul2 mencabar...
Hanya berpegang pada akar dan batu sahaja tu beb...

Peace!!!... hehehe...
Check point ke dua
Bro Azam & Zubir
Rehat Lagi sambil menyambung aktiviti bergambar... hehehe...
Berangan apa ntah Si Pn Qiema ni...
Tak de org nak ambikkan gambar... terpaksalah buat sendiri... cian Abg Maz.. hehehe...
Check Point Ke 3 (False Peak atau lebih dikenali dengan nama Mini Irau)

Tengah rehatkan diri masing-masing

Kedai kasut bergerak...
Pantang jumpa tali... habis kami sebat...
Kawasan Mini Irau ni lapang dan boleh di buat camp Site. terdapat 2 bahagian. Bahagian depan tempat lalu lalang tak sesuai kalau nak pasang khemah sebab orang akan merentasi kawasan tersebut. Lokasi yang sesuai pasang kemah adalah kawasan belakang yang rata dan terlindung pokok, Biasanya orang akan camping disini. dan meninggalkan segala peralatan untuk ke Puncak Irau... Tapi kami sebaliknya.. kami ingin bermalam di Puncak..

Di Mini Irau, kami semua berehat agak lama sedikit untuk santapan tengah hari... Rasa puas sedikit coz dah sampai sini... ada lagi sedikit perjalanan untuk sampai ke Puncak... sementara having lunch tu... mana2 yang kaki snap, sendiri mahu ingat arr kan... hehehe...

 Macam-macam gelagat coz dah kepenatan... ada yang nak makan pun tak larat.. hahaha...
Setelah puas berahat dan makan apa yang patut, kami semua meneruskan perjalanan ke Puncak Irau... Hanya 1 jam perjalanan untuk sampai ke Puncak Irau... itupun kalau dengan bebanan yang ringan dan yang bukan kaki giler snap... tapi group kami mengambil masa dalam satu jam lebih untuk sampai ke Puncak... Giler snap arr katakan... faham2 je lah ye...

Dari mini Irau ini kami terpaksa menuruni trail dan diikuti dengan trail yang menaik sehinggalah ke Puncak Irau.
Check Point Ke 4

Rehat sekejap coz dengan trail yang asyik menaik je membuatkan kami cepat letih kot..

 pemandangan dari Mini Irau sudah memberikan kepuasan beb... memang superb arr..

Betapa besarnya kuasaMu Ya Allah.....Indahnya Kejadian Ciptaanmu....Allahu Akbar...Subhanallah!...Memang benar.....keunikan lumut-lumut hijau berbagai spesis tumbuh liar meliputi pohon dan pokok-pokok hutan sepanjang perjalanan ke gunung ini. Sukar diluahkan dengan ungkapan kata-kata tetapi inilah kebesaran dan kekuasaan Maha Pencipta. Kawasan hutannya yang cantik lagi memukau...betul2 unik persis dalam filem 'Lord of the Ring' dan filem "Avatar".
Cek point ke 5 (pokok Bonzai mati)

Di sini, Jika berdiri di atas dahan bonzai, pemandangan yang terhasil... perh.. memang superb... cuma saya takut nak panjat kat atas tu... takut jatuh...kami berhenti disini sekejap je untuk snap gambar sambil menghilangkan lelah... Kemudian kami meneruskan kembali perjalanan ke destinasi sebenar...

Tidak melepaskan peluang untuk snap gambar di sini... lagi superb..
Cantik kan...
Fuh!!... Steady je bro ni..

Selepas menjumpai kawasan di atas, lebih kurang 5 minit sampailah kite ke Puncak Irau...

Yeah!!! sampai jua akhirnye

Peace yo!!!...
Di Puncak Irau kita akan dapat melihat batu tanda sempadan antara Pahang dan juga Perak. Ini bermakna puncak Irau adalah sempadan antara Pahang Dan Perak. nampak tak gambar di bawah ni. Gambar tu sama cam duit syiling 50 sen lama kan...


Setelah puas bergambar, aktiviti memasang flyer plaks... yang lelaki pasang flyer, yang pompuan plaks kena masak untuk makan malam....
teamwork... yes... terbaekk...





Tanak nasi... cerewet gak coz dipengaruhi dengan suhu yang sejuk menyebabkan nasi lambat masak...
Cook for dinner!!...
Sup sayur... marvelous!!!...
Ngantuk ke bang... hehehe...

Ladies turun padang... Masak untuk santapan dinner...

Menu untuk dinner: Nasi putih, daging masak black paper, Sup Sayur & Ikan masin Bulu Ayam.... Sodap tak?....
Siap semua segala persiapan, kami semua pun apa lagi.... Dinner time!!! Oleh kerana semuanye kelaparan, sorang pun tak teringat langsung nak bergambar... hahahaha....

Hazwan & Eddy... walaupun ngantuk, hati tetap nak bergambar... pejamkan matamu.... hehehe.

Selesai je dinner, kami semua berkumpul didalam fly untuk sessi briefing serba sedikit & perkenalan diri kerana ada 4 orang ahli baru yang menyertai kami iaitu Huda, Nizam, Syafiq & Zubir.

Dengan suhu 14 darjah celcius, pekena teh O' panas.. memang umh!!....

Jemput minum ye...
Peace yo !!!...

Masa briefing, Bro Azam & Ahmad menceritakan perihal & nama-nama gunung di Malaysia, pantang larang sewaktu didalam hutan & alat kelengkapan & keperluan yang patut disediakan semasa tracking... Memang banyak info dan pengetahuan yang kami dapat daripada mereka... thanks sangat2 dari kami ahli EAT untuk Bro Azam & Ahmad...

Habis briefing, masing-masing dah mengantok... apa lagi.... sleeping time....!!! Tapi tengah syiok tido... tetiba hujan pun turun... lebat jugak lah... pada mulanya tak de apa-apa berlaku... tetiba, dalam lebih kurang pukul 3 lebih, terdengar suara Abg Maz... yang saya dengar dia cakap ketika tu... "ini tidak adil".... "Ini tidak adil".... berkali kali dia menyuarakan perkataan yang sama... rupa-rupanya... tempat dia tidur dah lenjun .. basah kuyup...

Actually tempat kitorang tido ni tak rata... macam bukit sikit lah... siapa yang tido paling atas, memang selamatlah.. sampai tak sedar apa dah jadi pada member kitorang ni. lawaks arr.. makin lama air makin naik... sampaikan Abg Maz, Abg Azam & Ahmad kebasahan..

Habis basah.. semua... sib baik makanan kami tak basah sama...

Kesian diorang... habis diorang punye sleeping mat & sleeping bag... basah kuyup... cian diorang... diorang naik ke atas... So, masing-masing tak tidur coz kesiankan diorang yang kebasahan.. apalagi... urut time... hehehe.. sementara nak tunggu hujan berhenti & hari siang, sessi mengurut di jalankan... paling best tu masa bro Azam kena urut... macam-macam mimek muka dapat kitorang lihat... banyak angin tu... dah macam Pn Qiema kita gak... muzium angin simpan dalam badan...hahaha...

Bro Azam tengah menahan sakit akibat urutan Abg Maz yang power...

Ha tu... banyak angin jahat tu... kluar... kluar... syoh... syoh...

Selesai sessi urut mengurut untuk Bro Azam & Ahmad, lega diorang cakap... sedap kena urut beb....

Kerja-kerja menyimpan & mengemas oleh insan yg bernama lelaki...

Fuh Rosli & Sabri... bagus2... rajin tu...
Sementara kerja2 menyediakan sarapan diuruskan oleh kaum hawa juga dibantu oleh Sabri & Saiful...
 Potong cili... bagi pedas skit nasi goreng tu...
Menu sarapan pagi: Scrambler Egg, Nasi Goreng Pasta & Teh O'

Setelah siap mengemas dan bersarapan, kami pun bergerak untuk pulang... sebelum tu, tidak lupa untuk bergambar sebagai kenangan di hari mendatang... cewah...

3 Ladies in pink with Extreme Adventure Team banner...
 Cam biasa arr.. saya & my husband
 Ahli EAT dari KL Unit
Dari kiri belakang - Abg Fendy, Sabri, Eddy & Abg Maz
Tengah - Huda, Syafiq, Qiema, Saiful, Lynda, Rosli & Zie
Depan - Zubir, Ahmad, Abg Azam & Nizam
yang tukang ambik gambar Hazwan

Lebih kurang jam 9.30 pagi, kami bergerak turun dari puncak. track kali ini agak lebih mencabar kerana keadaan trail yang semakin licin disebabkan hujan malam tadi... Beberapa ahli sempat bergambar di hutan mossy yang sememangnya indah mempersona juga lebih dikenali sebagai Lord Of the Ring Malaysia...

Laluan rosak dek ada yang membajak... faham-faham sendiri arr.. sape gerangan insan tu...

Gambar terbaekkk... Superb!!!...


Cantik Tak? Saya difahamkan hanya inilah satu-satu nya gunung di Malaysia yang memberikan kepuasan pemandangan yang terindah dengan hutannya yang berlumut.. Nampak seperti di dalam filem Lord of The Ring atau Harry Potter....

Perjalanan balik memang lebih adventure... ni baru betul2 extreme... huhuhu... banyak kali jugak arr kaki kitorang terbenam dalam selut sedalam lebih dari buku lali... tang kasut plaks, tak usah nak citer... perh... memang klas kau!!!...

Tapi perjalanan pulang kali ini begitu santai sekali.. sambil bercerita tentang detik-detik pengalaman berkhemah diselingkan pulak dengan lawak yang dibuat oleh Rosli & Pn Qiema... Memang santai sangat... tapi, santai2 pun, tak lah jadi orang yang paling belakang sekali tiba... hehehehe....
Ha.. ambik kau.. cantik tak?.. hehehe...macam ni lah rupa kasut kitorang yang lain...

Tengok aje rupa kasut kitorang.....memang rasa geli geleman....entah apa ada dalam kasut masing-masing. Dah tak kisah kasut beli kat mane, harga berapa, brand apa....bila dah macam ni rupa ni sape pun tak heran. Mana taknya......lumpur dan selut hitam tebal terpaksa kami redah...rasa sejuk pun ada...nak tengok takut...oleh itu Tawakkal aje, pakai sampai penamat! Baju pulak, masing-masing tak tau la nak cerita....masalahnya sekarang...sape nak basuh...Laundry lah jawapannye....Fikirla sendiri! hahaha...

XPDC pendakian kali ini memang mencabar bagi kami yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang Mountain Climbing ni. Kalau diberi peluang, kami nak datang lagi ke sini. tapi untuk day trip lah... yang tidak perlu membawa bebanan barang yang banyak... sakit tu bahu ni... rasa cam dah bengkak je...

Gunung Irau... Memang mengagumkan keindahan hutan ciptaan Nya.. Cuaca sejuk pergunungan hutan disertai dengan hujan renyai-renyai, diseliputi kabus, memang menyamankan. Inilah kelebihan hutan hujan tropika milik kita. Hutan dara khazanah perlu kita pelihara agar tidak dicemari. Pelbagai tumbuhan unik yang berkhasiat tumbuh liar melata di hutan ini. Kami tidak melepaskan peluang melihat keunikan tumbuhan seperti Buluh Perindu, Periuk Kera, Kacip Fatimah, Tongkat Ali dan lain-lain lagi yang tidak tahu saya apa namanya. hehehe...

At last we make it to the END.! Berakhirlah pendakian kami selama 2 hari yang sangat-sangat berbaloi. Terima kasih kepada semua ahli seramai 16 orang yang telah menjayakan XPDC ini sehingga tamat. Masing-masing sangat membantu each other.. Thank you guys...

Lastly, Siap tukar pakaian semua... kami gerak pulang ke destinasi masing-masing.. sebelum tu kami singgah di food court ni untuk menjamu selera setelah penat mendaki..... (tak ingat apa nama food court ni tapi berdekatan dengan area pasar malam Brinchang berhadapan dengan stesyen minyak shell).
JANGAN BILANG INI YANG TERAKHIR!!!....


7 comments:

  1. Dear Eddy,
    My name is Pearly and I am interested in leading a group of students (age 20-25) on a trek up Gunung Irau. I'm really sorry but I don't speak Malay but I really enjoyed your trekking log. Thank you for giving such a detailed description of your trip to Irau and it helped us a lot in our planning process. However, I would appreciate it if you could answer several queries I have with regards to the trek. Thank you for taking time to help.
    1) I understand that vans may not be able to get to the starting point of Gunung Irau and a 4WD is needed. How did you go about hiring the 4WD? If possible, I would truly appreciate it if you could leave details of your drivers.
    2) Are permits needed for the climb? If needed, how can it be done?
    3) Are we allowed to camp at the peak instead of the false peak? Are there any campsites at the base of Irau? How many tents can be pitched at the false peak and peak?
    4) Is a guide needed for the trek? If not, is the path well-defined enough for self-navigation?
    5) Where is the last water point before the trek up Irau?
    I understand that there are many questions here, but I am grateful for you taking time to help us out.
    I believe the trek would be a lot smoother with your help. If it is more convenient for you, we could communicate via email (Contact: ptlian.2013@economics.smu.edu.sg)
    Sorry for the long message.
    Thank you for your help.
    Regards,
    Pearly


    ReplyDelete
    Replies
    1. TEBING TINGGI BACKPACK
      GUIDE SERVICE
      ALL OVER CAMEROON MOUNT
      ANDY 017-9997790

      Delete
  2. klu day trip kena mintak permit jugak ker

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Menarik! Dengan izin Allah SWT. InsyaAllah bulan 3 nanti sampai sini...

    ReplyDelete
  5. Menarik!!...dlm perancangan nk pegi jgk...insyaallah

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah selamat sampai ke puncak irau walaupun lari target masa...

    ReplyDelete